Rawatan Lutut & Pengurusan Berat Badan · Shah Alam

Lutut Tak Sakit. Berat Turun, Kekal Turun. Mulakan Dengan Pelan Yang Sesuai.

Sakit lutut menyusahkan berjalan, naik tangga dan bersolat. Berat pula susah turun walau dah cuba macam-macam. Di Klinik Prima Avenue Shah Alam, kami mulakan dengan pemeriksaan — doktor faham punca sebelum cadang langkah yang betul untuk anda.

Klik WhatsApp untuk semak slot pemeriksaan+6012-357 0652Temu janji tertakluk pengesahan klinik

Doktor memeriksa lutut pesakit di Klinik Prima Avenue dengan suasana mesra dan terang
Pilih Fokus Rawatan Anda

Apa yang paling mengganggu hari anda?

Mungkin anda sukar naik tangga, kerap terjaga kerana tangan kebas atau semakin kurang selesa berjalan bersama keluarga. Ceritakan perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan mengambil kira apa yang penting dalam kehidupan anda.

Pemeriksaan Lutut

Bila berjalan, naik tangga dan bersolat mula terasa sakit, dapatkan penilaian.

  • Sakit ketika berjalan, naik tangga atau bangun dari kerusi.
  • Ketidakselesaan ketika membengkokkan lutut atau bersolat.
  • Lutut terasa kaku, bengkak atau kurang stabil.
  • Sakit berulang yang masih mengganggu rutin.
  • Rawatan asas yang belum memberi kelegaan seperti diharapkan.

Rawatan boleh termasuk nasihat, senaman, ubat, atau suntikan. Pilihan lanjutan seperti genicular nerve block, gel sendi dan PRP dibincangkan jika sesuai.

Semak Slot Pemeriksaan Lutut

Tidak semua pesakit memerlukan suntikan atau prosedur. Hasil rawatan tidak boleh dijamin dan bergantung pada keadaan individu.

Pengurusan Berat Badan

Mulakan dengan pelan yang mengambil kira kesihatan dan kehidupan harian anda.

  • Berat yang sukar turun atau kembali meningkat.
  • Corak pemakanan dan rutin yang sukar dikekalkan.
  • Aktiviti fizikal yang terbatas kerana ketidakselesaan lutut.
  • Matlamat berat badan dan kesihatan yang realistik.

Doktor boleh menilai faktor berkaitan dan membincangkan perubahan pemakanan, aktiviti serta pilihan sokongan. Ubat, jika dipertimbangkan, memerlukan penilaian kesesuaian terlebih dahulu.

Semak Slot Konsultasi Berat Badan

Hubungi klinik untuk semak caj konsultasi. Ujian, ubat, prosedur dan lawatan susulan mungkin melibatkan caj berasingan.

Dr Harith Shahiran memberi penerangan tentang sendi lutut

Bila Lutut & Berat Badan Sama-sama Jadi Kebimbangan

Kalau lutut sakit dan berat berlebihan, turunkan berat boleh kurangkan sakit dan baikkan pergerakan. Tapi sakit lutut ada pelbagai punca. Pemeriksaan penting untuk tentukan langkah yang betul.

Saya Nak Bincang Kedua-duanya
Dengar Terus dari Doktor Kami

Doktor yang sedia terangkan, bukan sekadar merawat

Tonton video pendek Dr Harith dan Dr Danial menerangkan rawatan lutut dan pengurusan berat badan — supaya anda lebih yakin dan tenang sebelum buat keputusan.

Sakit Lutut & Sendi
Sakit Lutut & Sendi

Dr Harith Shahiran

Dr Harith menerangkan pilihan rawatan lutut — genicular nerve block, Controtide premium gel, premium PRP dan prosedur ultrasound-guided — serta bila ia mungkin sesuai.

Tanya Dr Harith di WhatsApp
Berat Badan & Diabetis
Berat Badan & Diabetis

Dr Danial Nawar

Dr Danial berkongsi pendekatan pengurusan berat badan dan kawalan diabetis yang realistik serta mengambil kira kesihatan lutut dan rutin harian anda.

Tanya Dr Danial di WhatsApp

Maklumat dalam video bersifat umum. Kesesuaian setiap rawatan memerlukan penilaian doktor. Hasil rawatan berbeza mengikut individu dan tidak boleh dijamin.

Fokus Rawatan Kami

Pilih fokus rawatan yang sesuai untuk anda

Dari sakit sendi ke turun berat dan kawal diabetis — kenali setiap fokus rawatan kami. Klik mana-mana untuk simptom, punca dan pilihan rawatan.

Setiap pilihan mempunyai manfaat, risiko, batasan dan kos yang berbeza — doktor akan menerangkan perkara ini sebelum anda membuat keputusan.

Ujian Skor Lutut KOOS

Ketahui tahap kesihatan sendi lutut anda

Jawab 7 soalan ringkas berasaskan skor klinikal KOOS (Knee Injury and Osteoarthritis Outcome Score). Semak tahap kesakitan, kekakuan dan fungsi lutut anda dalam seminggu yang lalu.

Knee injury and Osteoarthritis Outcome Score (KOOS)

Jawab 7 soalan ringkas berasaskan skor klinikal KOOS (Knee Injury and Osteoarthritis Outcome Score). Semak tahap kesakitan, kekakuan dan fungsi lutut anda dalam seminggu yang lalu.

Format piawai instrumen KOOS ortopedik antarabangsaOrthoToolKit

Ujian ini adalah penilaian ringkas berdasarkan instrumen KOOS untuk tujuan maklumat kendiri, bukan diagnosis muktamad. Keputusan sebenar memerlukan penilaian doktor.

Kalkulator BMI

Berat badan anda dalam julat sihat?

Masukkan tinggi dan berat anda untuk semak BMI (Indeks Jisim Badan). Tahu kedudukan anda — dan langkah seterusnya jika perlu.

Kalkulator ini untuk rujukan umum sahaja, bukan diagnosis. Keputusan sebenar memerlukan penilaian doktor.

Ulasan Google 5.0 ★★★★★

Apa Kata Pesakit Klinik Prima Avenue

Pengalaman sebenar pesakit yang mendapatkan pemeriksaan lutut, rawatan sendi dan pengurusan berat badan bersama doktor kami di Shah Alam.

5.0

Penilaian cemerlang 5-Bintang di Google

Berdasarkan maklum balas pesakit di Klinik Prima Avenue, Shah Alam

Google Review
Rawatan Lutut & Ultrasound

“Layanan mesra, rawatan lutut berkesan Alhamdulilah.. Doktor memang mahir dan teliti. Dengan ultrasound dapat tengok masalah sebenar yang berlaku dalam sendi lutut. Terima kasih🙏”

AF

azizol fikri md asari

22 Sep 2026
Google Review
Konsultasi Doktor

“Servis terbaik, Klinik selesa, Doktor consultation padu, tanya je soalan apa2 semua dia jawab. Tip top!”

AN

Amin nasir17

20 Sep 2026
Google Review
Pengurusan Berat Badan

“Lps cucuk ubat, singgah nasi kandar. Rasa selera biasa2 j. Nafsu mkn dh tiada. Katang rsa body.”

SS

S S

20 Sep 2026
Google Review
Pemeriksaan Sendi

“Staf dan doktor sangat ramah & profesional. Penerangan rawatan lutut diterangkan secara terperinci. Suasana klinik sangat selesa dan bersih.”

AI

Ahmad Ismail

23 Sep 2026
Google Review
Pengalaman Klinik

“Klinik yang sangat bagus di Alam Avenue Shah Alam. Urusan pendaftaran cepat, masa menunggu singkat dan penerangan doktor amat membantu.”

DS

Dwi Sartikha

21 Sep 2026
Google Review
Servis Mesra

“Layanan terbaik dari kaunter pendaftaran hingga ke bilik konsultasi. Doktor sangat teliti dan mendengar masalah pesakit.”

FC

Fayy Cataleya

20 Sep 2026

Mahu periksa lutut atau mula turun berat badan dengan doktor kami?

Bagaimana Ia Bermula?

Tiga langkah untuk arah yang lebih jelas

1. Ceritakan masalah dan matlamat anda

Untuk lutut, beritahu bila sakit bermula, aktiviti yang terjejas, rawatan yang pernah dicuba dan sama ada sakit terasa pada bahagian tertentu. Untuk berat badan, kongsikan usaha terdahulu, rutin harian dan cabaran yang anda hadapi.

2. Dapatkan penilaian doktor

Doktor semak sejarah kesihatan dan buat penilaian. Ujian tambahan dibuat jika perlu. Kalau prosedur sesuai, doktor terangkan pilihan seperti genicular nerve block, gel sendi, PRP atau suntikan ultrasound. Bawa laporan lama dan senarai ubat anda.

3. Bincangkan pilihan dan langkah susulan

Fahami pilihan yang sesuai, manfaat, risiko, batasan serta anggaran kos sebelum membuat keputusan. Pelan boleh disemak semula mengikut perkembangan dan tindak balas anda.

Pendekatan Yang Mengambil Kira Keadaan Anda

Dari tertanya-tanya, kepada langkah yang yakin

Soalan yang mungkin anda ada — dan apa yang boleh dibincang semasa konsultasi dengan doktor.

“Kenapa lutut saya masih sakit?”

Doktor semak corak sakit dan buat pemeriksaan untuk cari kemungkinan punca.

“Adakah saya perlu suntikan?”

Doktor beritahu sama ada rawatan asas cukup, atau perlukan suntikan.

“Apakah pilihan selain rawatan asas?”

Genicular nerve block, gel sendi atau PRP, jika sesuai untuk anda.

“Adakah prosedur boleh dibuat lebih tepat?”

Ya. Ultrasound bantu doktor nampak kawasan sasaran dan letak jarum lebih tepat.

“Kenapa susah nak kekalkan berat?”

Doktor semak rutin, pemakanan, sejarah kesihatan dan cabaran harian anda.

“Pelan macam mana yang sesuai untuk saya?”

Doktor cadang matlamat dan langkah yang sesuai dengan kemampuan anda.

“Berapa kos yang perlu saya sediakan?”

Doktor terangkan caj konsultasi dan anggaran kos ujian serta rawatan.

Keadaan setiap orang berbeza. Pelan penjagaan juga perlu mengambil kira perbezaan itu.

Tanya Tentang Konsultasi di WhatsApp
Masih Teragak-agak Untuk Bermula?

Datang dengan soalan, walaupun belum tahu jawapannya

“Saya dah cuba macam-macam.”

Kongsikan apa yang pernah dicuba, berapa lama dan perubahan yang anda alami. Maklumat ini membantu doktor memahami keadaan semasa.

“Saya risau terus kena buat rawatan.”

Mulakan dengan konsultasi. Anda boleh bertanya tentang pilihan, risiko, kos dan alternatif sebelum membuat keputusan.

“Saya dengar tentang genicular nerve block, tetapi tidak pasti sama ada sesuai.”

Doktor boleh menerangkan tujuan, proses, manfaat, risiko dan kesesuaian prosedur berdasarkan keadaan lutut anda.

“Saya malu nak bincang tentang berat.”

Anda boleh bermula dengan perkara yang paling selesa untuk dikongsikan. Ceritakan cabaran sebenar supaya perbincangan mengambil kira kehidupan harian anda.

Manfaatkan Sesi Konsultasi Anda

Tiga persediaan ringkas sebelum datang

Catat perkara yang paling mengganggu anda

Contohnya, sakit ketika menaiki tangga, sukar berjalan jauh atau cabaran mengekalkan rutin pemakanan.

Bawa maklumat kesihatan yang ada

Sediakan senarai ubat dan suplemen, keputusan ujian serta laporan pemeriksaan terdahulu jika tersedia.

Fikirkan satu matlamat yang penting untuk anda

Mungkin anda mahu berjalan ke kedai dengan lebih selesa atau membina rutin pemakanan yang lebih konsisten. Kongsikan dengan doktor.

Klik WhatsApp Untuk Book Slot Pemeriksaan
Kenali Doktor & Klinik Prima Avenue

Tempat untuk membincangkan kesihatan anda

Dipimpin doktor berpengalaman yang sedia mendengar. Pilihan rawatan diterangkan dengan jujur dan berpandukan penilaian klinikal.

Dr Harith Shahiran — Prosedur ultrasound lutut di Klinik Prima AvenueUltrasound-Guided
Klinik Prima Avenue

Dr Harith Shahiran

Fokus Merawat Sakit Lutut & Sendi

Menekankan penilaian menyeluruh dan penggunaan panduan ultrasound bagi merawat sakit lutut dan masalah sendi, membantu ketepatan prosedur seperti genicular nerve block, Controtide premium gel dan premium PRP jika sesuai.

Dr Danial Nawar — Doktor di Klinik Prima Avenue Shah AlamBerat Badan & Diabetis
Klinik Prima Avenue

Dr Danial Nawar

Fokus Pengurusan Berat Badan & Kawalan Diabetis

Membantu pesakit menguruskan berat badan dan mengawal diabetis melalui pelan pemakanan, aktiviti serta pilihan sokongan yang mengambil kira kesihatan dan kehidupan harian anda.

Alam Avenue, Shah Alam

Klinik Prima Avenue Seksyen 16

Klinik Prima Avenue di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam sediakan konsultasi untuk masalah lutut dan berat badan. Untuk lutut, anda boleh bincang rawatan asas dan lanjutan. Pilihan seperti genicular nerve block, gel sendi, PRP dan suntikan ultrasound dibincang jika sesuai.

Ceritakan apa yang mengganggu anda dan matlamat anda. Penilaian doktor jadi asas untuk pilih langkah penjagaan seterusnya.

Mahu menemani ibu, ayah atau pasangan? Maklumkan semasa mengatur temu janji.

Lokasi

Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam

Waktu Operasi
Isnin – Ahad (Setiap Hari)9:00 am – 9:00 pm

Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 9 malam (termasuk cuti umum)

Hubungi Klinik Prima Avenue

Mulakan dengan satu langkah yang jelas

Lutut atau berat badan mengganggu rutin anda? Konsultasi ialah langkah pertama untuk tahu punca sebenar. Pilih fokus dan hubungi kami untuk semak slot hari ini.

Maklumkan hari dan waktu pilihan anda. Pihak klinik akan mengesahkan ketersediaan.

Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan anda

Tidak. Anda boleh datang untuk pemeriksaan lutut sahaja, pengurusan berat badan sahaja atau membincangkan kedua-duanya.

Tidak. Sakit lutut boleh mempunyai pelbagai punca. Doktor perlu menilai simptom dan membuat pemeriksaan sebelum mencadangkan langkah seterusnya.

Tidak semestinya. Kesesuaian suntikan atau rawatan lain bergantung pada penilaian doktor. Anda boleh membincangkan pilihan yang ada terlebih dahulu.

Prosedur yang menyasarkan saraf genicular tertentu berkaitan penghantaran isyarat sakit dari lutut. Mungkin sesuai untuk sesetengah keadaan, tetapi memerlukan penilaian doktor terlebih dahulu.

Suntikan gel premium yang boleh dibincangkan sebagai salah satu pilihan sokongan untuk sendi lutut. Kesesuaian dan hasil yang dijangka berbeza mengikut keadaan individu.

Menggunakan komponen darah pesakit sendiri yang diproses sebelum disuntik ke kawasan yang sesuai. Mungkin dipertimbangkan dalam keadaan tertentu selepas penilaian doktor.

Prosedur tertentu boleh dilakukan secara ultrasound-guided untuk membantu doktor mengenal pasti struktur sasaran dengan lebih tepat. Penggunaan ultrasound bergantung pada jenis prosedur dan keperluan klinikal.

Klinik Prima Avenue menawarkan penilaian dan perbincangan pilihan yang lebih menyeluruh. Selain rawatan asas, pilihan seperti genicular nerve block, Controtide premium gel, premium PRP dan prosedur ultrasound-guided boleh dibincangkan jika sesuai. Namun, tidak semua pesakit memerlukan rawatan lanjutan.

Anda boleh membincangkannya dengan doktor. Pelan pemakanan dan aktiviti perlu mengambil kira keadaan lutut serta kemampuan anda.

Tiada jumlah atau tempoh yang boleh dijamin. Sasaran bergantung pada keadaan kesihatan, pelan yang dipersetujui dan tindak balas individu.

Tidak. Pilihan boleh melibatkan pemakanan, aktiviti dan perubahan rutin. Ubat hanya dipertimbangkan jika sesuai selepas penilaian doktor.

Hubungi klinik untuk caj konsultasi semasa. Kos ujian, ubat, prosedur dan susulan bergantung pada keperluan serta pilihan yang dibincangkan.

Klik butang WhatsApp, nyatakan jenis konsultasi atau rawatan yang ingin ditanya serta hari dan waktu pilihan anda. Tempahan disahkan selepas pihak klinik menyemak ketersediaan.

Ikuti Kami di Media Sosial

Tip Kesihatan & Update Terkini

Ikuti Klinik Prima Avenue di media sosial untuk tips penjagaan lutut, sendi, pengurusan berat badan dan video pendek daripada doktor kami.

Penafian Perubatan: Maklumat mengenai rawatan (seperti genicular nerve block, PRP atau suntikan penurunan berat badan) adalah untuk rujukan umum sahaja. Semua penilaian klinikal, risiko rawatan dan pilihan yang ada mesti disahkan terus melalui konsultasi dengan pegawai perubatan bertauliah di Klinik Prima Avenue.